Untitled Document
   
   
 
   
   
   
Terdapat empat permainan di dalam portal ini di mana dua daripadanya berunsurkan pengetahuan berkenaan Institusi Yang di-Pertuan Agong, iaitu permainan Roda Hikmat dan permainan Uncang Kata. Permainan ini berasaskan soalan-soalan yang berkaitan dengan institusi Yang di-Pertuan Agong bagi menguji minda serta menilai kefahaman dan pengetahuan pengguna berkenaan institusi tersebut. Manakala permainan berasaskan kepantasan yang bercirikan Malaysia iaitu RoyaLoyal dan Padankan Saya direka untuk menarik minat golongan kanak-kanak mengakses portal ini. Selain itu, permainan ini akan menggalakkan pengguna dari semua peringkat umur untuk mengakses portal ini dan seterusnya mencapai hit yang tinggi.
 
       
       
     
         
   
Permainan ala Wheel of Fortune ini merupakan permainan yang berunsurkan pengetahuan mengenai institusi Yang di-Pertuan Agong. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan institusi Yang di-Pertuan Agong bagi menguji minda serta menilai kefahaman dan pengetahuan pengguna berkenaan institusi tersebut.
 
 
       
         
         
     
         
   
Permainan ala Lingo ini direka khusus untuk portal Yang di-Pertuan Agong. Soalan-soalan yang diberikan adalah berkaitan dengan institusi Yang di-Pertuan Agong. Di sini juga, pemain diberi peluang untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman berkenaan institusi Yang di-i-Pertuan Agong.
 
 
       
         
         
     
         
   
RoyaLoyal merupakan permainan kepantasan di mana alat-alat kebesaran digunakan sebagai asas untuk mengutip markah. Di dalam permainan ini, pemain menggerakkan karektor RoyaLoyal untuk menggali dan lalu di bawah bebola. Bebola akan jatuh ke lubang yang digali dan mengeluarkan alat-alat kebesaran. Pemain perlu memakan alat-alat tersebut untuk mendapatkan markah. Pada masa yang sama, musuh akan mengejar Royaloyal dan sekiranya bertembung, satu nyawa akan hilang.
 
 
         
       
         
     
         
   
Permainan ini menggalakkan kecekapan pengguna dalam mengendalikan tetikus dan penyesuaian warna. Belon-belon akan muncul di mana pengguna perlu mendapatkan belon yang mempunyai warna yang sama seperti yang ditunjukkan dalam panel. Tahap kelajuan akan bertambah apabila pengguna telah menamatkan sesuatu tahap tertentu. Markah akan diberi bagi penyesuaian warna yang tepat. Selamat mencuba!
 
 
       
   
 
   
   
 

Sistem Monarki Malaysia | Kuasa Diraja | Seri Paduka Baginda | Alat Kebesaran Diraja
Adat Istiadat Diraja Istana Negara | Darjah Kebesaran Persekutuan | Istana Negara | Istana Melawati
Uji Minda | Bingkisan | Laman Bicara | Hebahan | Modul Pembelajaran
Glosari | Bibliografi | Penghargaan
 
©2003 Perpustakaan Negara Malaysia.
Tidak dibenarkan menyalin keseluruhan atau sebahagian kandungan portal ini
tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia.