Untitled Document
 
 
 

Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183). Selepas baginda, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.

 
     
     
 
 
 
Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengangkat keris kerajaan sempena Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia
 
     
     
 

Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

 
     
 
 
   
 
 
 

Sistem Monarki Malaysia | Kuasa Diraja | Seri Paduka Baginda | Alat Kebesaran Diraja
Adat Istiadat Diraja Istana Negara | Darjah Kebesaran Persekutuan | Istana Negara | Istana Melawati
Uji Minda | Bingkisan | Laman Bicara | Hebahan | Modul Pembelajaran
Glosari | Bibliografi | Penghargaan
 
©2003 Perpustakaan Negara Malaysia.
Tidak dibenarkan menyalin keseluruhan atau sebahagian kandungan portal ini
tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia.